Ujian Dan Jalan Pulang Kepada Allah
6 Rejab 1446 AH 6 January 2025 5:51 am Jalan Taiping, Kuala Lumpur. Fitrah manusia. Kadang kala kita lupa. Lalu, Allah hadirkan ujian buat mereka yang terpilih, supaya kita kembali kepada Allah. Allah tidak mahu selamanya kita hanyut dengan arus dunia. Cuma hati, yang kadang kala terlalu ' buta' untuk melihat hikmah. Kisah saya. Beberapa bulan lepas, saya memulakan clinical di salah sebuah hospital kerajaan di ibu kota. Semestinya, perasaan gementar, excited ,takut semua Ada. Pada awalnya, semuanya berjalan dengan sangat lancar. Sehinggakan saya berasa sangat sangat seronok. I got attached to that place. Saya meletakkan 50% of punca kebahagiaan saya di situ. Tiada hidup yang sempurna. Lalu, sampai di sela masa tertentu, Allah hadirkan ujian sebagai teguran untuk saya kembali kepada Allah. Bertubi-tubi, pelbagai jenis, sehinggakan saya berasa teramat kecewa, buntu Dan sedih. Sepanjang usia saya, tidak pernah saya sebuntu ini. Kerana ianya melibat...