Ujian Dan Jalan Pulang Kepada Allah

6 Rejab 1446 AH
6 January 2025 
5:51 am 
Jalan Taiping, Kuala Lumpur.


Fitrah manusia. Kadang kala kita lupa. Lalu, Allah hadirkan ujian buat mereka yang terpilih, supaya kita kembali kepada Allah. Allah tidak mahu selamanya kita hanyut dengan arus dunia. Cuma hati, yang kadang kala terlalu ' buta' untuk melihat hikmah. 

Kisah saya. 
Beberapa bulan lepas, saya memulakan clinical di salah sebuah hospital kerajaan di ibu kota. Semestinya, perasaan gementar, excited ,takut semua Ada. Pada awalnya, semuanya berjalan dengan sangat lancar. Sehinggakan saya berasa sangat sangat seronok. I got attached to that place. Saya meletakkan 50% of punca kebahagiaan saya di situ. 

Tiada hidup yang sempurna. 
Lalu, sampai di sela masa tertentu, Allah hadirkan ujian sebagai teguran untuk saya kembali kepada Allah. Bertubi-tubi, pelbagai jenis, sehinggakan saya berasa teramat  kecewa, buntu Dan sedih. Sepanjang usia saya, tidak pernah saya sebuntu ini.
Kerana ianya melibatkan perjalanan saya dalam pelajaran. Tempat yg pernah memberi bahagia kepada saya, tempat itu jugalah yang memberi parut paling dalam di hidup saya. Sehingga Saat ini, lukanya masih belum kering .. Namun, hidup tetap berjalan. 


Daripada pengalaman ini, dapat saya ambil ibrahnya :

Apa2 jua yang kita rasa kan, kembali kan kepada Allah

Gembira? Kembali kepada Allah
Sedih? Kembali kepada Allah
Buntu? Kembali kepada Allah


Hidup nyaa kita di dunia ini, kerana Dia. 
Involve Him in everything you do. 
Teruslah berlumba-lumba menjadi hamba yang taat. 
Tak dinafikan, memang mencabar , kerana syurga itu, tinggi nilainya. 

Semoga Allah ampunkan kita. 
Jumpa anda di syurga  nanti , ya? 🤗
Assalamualaikum. 

Comments

Popular posts from this blog

Beyond Judgement ; The Power of Forgiveness as the ultimate Revenge

Continuation Of Form 6 Orientation Week